Thursday, December 8, 2011

Nilai Murni

Tulis empat nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu Amin seorang penjaja. Setiap hari selepas pulang dari sekolah, Amin akan membantu ibu di gerainya. Amin tidak mahu ibunya terlalu susah untuk menyara hidup keluarga. Semasa di gerai, Amin akan menulis kerja sekolahnya pada masa lapang. Dia mestinya menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Selepas Amin mengutip duit bayaran pelanggan, dia akan terus memberikannya kepada ibunya. Selain itu, dia juga akan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang terlah membayar. Pelanggan-pelanggannya selalu memuji Amin seorang budak yang baik kerana dia selalu memberi senyuman yang manis kepada mereka.

cuba untuk menjawab, anda pasti boleh mendapat jawapan. 加油!!

No comments:

Post a Comment