Monday, December 12, 2011

Bina ayat

Murid-murid, mari bina ayat!! Cuba perhatikan gambar di bawah. Selepas itu, senaraikan kata-kata nama yang berkaitan dengan gambar lalu membina ayat tentang kegunaan pokok kelapa sawit di dalam buku latihan (Bina Ayat) ya~~ Hantar pada 21 Disember ( Rabu ) masa kelas tambahan, ok.


"USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Saturday, December 10, 2011

KATA BILANGAN 数词

Betulkan kata bilangan bergaris dalam ayat.


1. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbagai kaum.


2. Para-para tetamu dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan.


3. Kedua orang ibu bapanya telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi.


4. Pengguna yang seribu memuat turun lagu patriotik itu akan menerima hadiah istimewa.


5. Eng  Hock berjalan kaki ke sekolah tiap hari kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.



Friday, December 9, 2011

KATA ADJEKTIF 形容词

Pilih jawaban yang sesuai.

1. “Buku-buku lama ini saya berikan secara ___________,” kata Jia Xian kepada Ee Ling.
A. ikhlas                     B. jujur                    C. amanah                D. baik hati

2. Sukaneka tadika itu ditangguhkan kerana cuaca ___________.
A. indah                     B. mendung           C. terang                   D. hitam

3. Baju yang kerap dipakai oleh adik sudah ____________.
A. kelam                    B. samar                C. suram                   D. lusuh

4. Bayi comel itu tidur dengan ____________ dalam dukungan ibunya.
A. lama                      B. diam                  C. nyenyak                D. riang

5. Kari ayam yang dimasak oleh penjaja itu ___________ rasanya.
A. pedas                   B. kelat                   C. masam                 D. sejuk

6. Premalatha tidak pergi ke sekolah tiga hari kerana _________ demam panas.
A. merebak               B. menghidap        C. meresap              D. menjangkiti

7. Sekolah saya ___________ aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
A. menggerakkan    B. memberikan      C. memperlihatkan    D. mengadakan

8. Adik bongsu saya ____________ apabila ternampak seekor lipas merayap di dapur.
A. menjerit                B. meminta             C, memanggil          D. memukul

9. Xiao Hua akan ____________ pelajarannya ke Taiwan pada minggu hadapan.
A. memecat             B. melanjutkan        C. menghantar         D. menerusi

10. Tiga orang lelaki bersenjatakan pistol telah _________barang kemas di kedai emas itu.
A. melarikan            B. membeli              C. menutup              D. merompak


~~Cuba untuk menjawab~~ 

 "USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Thursday, December 8, 2011

Nilai Murni

Tulis empat nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu Amin seorang penjaja. Setiap hari selepas pulang dari sekolah, Amin akan membantu ibu di gerainya. Amin tidak mahu ibunya terlalu susah untuk menyara hidup keluarga. Semasa di gerai, Amin akan menulis kerja sekolahnya pada masa lapang. Dia mestinya menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Selepas Amin mengutip duit bayaran pelanggan, dia akan terus memberikannya kepada ibunya. Selain itu, dia juga akan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang terlah membayar. Pelanggan-pelanggannya selalu memuji Amin seorang budak yang baik kerana dia selalu memberi senyuman yang manis kepada mereka.

cuba untuk menjawab, anda pasti boleh mendapat jawapan. 加油!!

KATA GANTI NAMA DIRI 代名词

Isi tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.


1. "Cikgu, bolehkah ___________ ke tandas untuk mencuci tangan?" tanya Alias kepada Cikgu Lee.

2. Aiman dan Ramesh tinggal berjiran. _____________ selalu pergi ke sekolah bersama-sama.

3. " Pergi ____________ dari sini," arah Rizal kepada pengemis itu.

4. ____________ merupakan seorang negarawan yang disanjung tinggi.

5. "_____________ berjanji akan taat setia kepada tuanku sepanjang hayat," sembah Hang Tuah kepada Sultan.

6. " _____________ sekeluarga akan berhijrah ke Singapura pada hujung bulan ini," Kata Kok Wah kepada Siva.

7. " ____________ mesti mematuhi segala arahan pengurus semasa melawat kilang itu," kata Cikgu Lim kepada murid-muridnya.

8. " Menteri Pelajaran akan dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan sekolah baharu _________," kata guru besar kepada semua guru.

kami         saya         kita         patik      kalian      mereka       engkau         beliau   

Wednesday, December 7, 2011

Mari Bina Ayat

Senaraikan frasa-frasa kerja berdasarkan gambar di bawah.