Thursday, December 8, 2011

KATA GANTI NAMA DIRI 代名词

Isi tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.


1. "Cikgu, bolehkah ___________ ke tandas untuk mencuci tangan?" tanya Alias kepada Cikgu Lee.

2. Aiman dan Ramesh tinggal berjiran. _____________ selalu pergi ke sekolah bersama-sama.

3. " Pergi ____________ dari sini," arah Rizal kepada pengemis itu.

4. ____________ merupakan seorang negarawan yang disanjung tinggi.

5. "_____________ berjanji akan taat setia kepada tuanku sepanjang hayat," sembah Hang Tuah kepada Sultan.

6. " _____________ sekeluarga akan berhijrah ke Singapura pada hujung bulan ini," Kata Kok Wah kepada Siva.

7. " ____________ mesti mematuhi segala arahan pengurus semasa melawat kilang itu," kata Cikgu Lim kepada murid-muridnya.

8. " Menteri Pelajaran akan dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan sekolah baharu _________," kata guru besar kepada semua guru.

kami         saya         kita         patik      kalian      mereka       engkau         beliau   

2 comments:

  1. jawapan

    1.saya
    2.mereka
    3.engkau
    4.beliau
    5.patik
    6.kami
    7.kalian
    8.kita

    ReplyDelete
  2. 泪痕~~Tahniah,jawapan anda betul!!

    ReplyDelete