Monday, December 12, 2011

Bina ayat

Murid-murid, mari bina ayat!! Cuba perhatikan gambar di bawah. Selepas itu, senaraikan kata-kata nama yang berkaitan dengan gambar lalu membina ayat tentang kegunaan pokok kelapa sawit di dalam buku latihan (Bina Ayat) ya~~ Hantar pada 21 Disember ( Rabu ) masa kelas tambahan, ok.


"USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Saturday, December 10, 2011

KATA BILANGAN 数词

Betulkan kata bilangan bergaris dalam ayat.


1. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbagai kaum.


2. Para-para tetamu dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan.


3. Kedua orang ibu bapanya telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi.


4. Pengguna yang seribu memuat turun lagu patriotik itu akan menerima hadiah istimewa.


5. Eng  Hock berjalan kaki ke sekolah tiap hari kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.



Friday, December 9, 2011

KATA ADJEKTIF 形容词

Pilih jawaban yang sesuai.

1. “Buku-buku lama ini saya berikan secara ___________,” kata Jia Xian kepada Ee Ling.
A. ikhlas                     B. jujur                    C. amanah                D. baik hati

2. Sukaneka tadika itu ditangguhkan kerana cuaca ___________.
A. indah                     B. mendung           C. terang                   D. hitam

3. Baju yang kerap dipakai oleh adik sudah ____________.
A. kelam                    B. samar                C. suram                   D. lusuh

4. Bayi comel itu tidur dengan ____________ dalam dukungan ibunya.
A. lama                      B. diam                  C. nyenyak                D. riang

5. Kari ayam yang dimasak oleh penjaja itu ___________ rasanya.
A. pedas                   B. kelat                   C. masam                 D. sejuk

6. Premalatha tidak pergi ke sekolah tiga hari kerana _________ demam panas.
A. merebak               B. menghidap        C. meresap              D. menjangkiti

7. Sekolah saya ___________ aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
A. menggerakkan    B. memberikan      C. memperlihatkan    D. mengadakan

8. Adik bongsu saya ____________ apabila ternampak seekor lipas merayap di dapur.
A. menjerit                B. meminta             C, memanggil          D. memukul

9. Xiao Hua akan ____________ pelajarannya ke Taiwan pada minggu hadapan.
A. memecat             B. melanjutkan        C. menghantar         D. menerusi

10. Tiga orang lelaki bersenjatakan pistol telah _________barang kemas di kedai emas itu.
A. melarikan            B. membeli              C. menutup              D. merompak


~~Cuba untuk menjawab~~ 

 "USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Thursday, December 8, 2011

Nilai Murni

Tulis empat nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu Amin seorang penjaja. Setiap hari selepas pulang dari sekolah, Amin akan membantu ibu di gerainya. Amin tidak mahu ibunya terlalu susah untuk menyara hidup keluarga. Semasa di gerai, Amin akan menulis kerja sekolahnya pada masa lapang. Dia mestinya menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Selepas Amin mengutip duit bayaran pelanggan, dia akan terus memberikannya kepada ibunya. Selain itu, dia juga akan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang terlah membayar. Pelanggan-pelanggannya selalu memuji Amin seorang budak yang baik kerana dia selalu memberi senyuman yang manis kepada mereka.

cuba untuk menjawab, anda pasti boleh mendapat jawapan. 加油!!

KATA GANTI NAMA DIRI 代名词

Isi tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.


1. "Cikgu, bolehkah ___________ ke tandas untuk mencuci tangan?" tanya Alias kepada Cikgu Lee.

2. Aiman dan Ramesh tinggal berjiran. _____________ selalu pergi ke sekolah bersama-sama.

3. " Pergi ____________ dari sini," arah Rizal kepada pengemis itu.

4. ____________ merupakan seorang negarawan yang disanjung tinggi.

5. "_____________ berjanji akan taat setia kepada tuanku sepanjang hayat," sembah Hang Tuah kepada Sultan.

6. " _____________ sekeluarga akan berhijrah ke Singapura pada hujung bulan ini," Kata Kok Wah kepada Siva.

7. " ____________ mesti mematuhi segala arahan pengurus semasa melawat kilang itu," kata Cikgu Lim kepada murid-muridnya.

8. " Menteri Pelajaran akan dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan sekolah baharu _________," kata guru besar kepada semua guru.

kami         saya         kita         patik      kalian      mereka       engkau         beliau   

Wednesday, December 7, 2011

Friday, November 18, 2011

Program Pertandingan MEncari Bakat Bawah 11 Tahun 2011

Menghadiri Pertandingan Mencari Bakat Bawah 11 Tahun Bagi Sukan Badminton, Ping Pong & Olahraga Tahun 2011 di Port Dickson.

Kontigen ping pong johor telah mencapai keputusan yang cemerlang setakat ini.

Bergu Lelaki: Johan
Bergu Perempuan: Naib Johor

Pada pagi ini, dua orang anak perempuan Johor akan akan bertandingan dengan bertungkus lumus cuba merangkul Juara dan Naib Johan.

Friday, October 28, 2011

今天的Jess想了什么呢??

今天,其实想了好多好多~~一早起身就在想,等下的乒乓赛要如何进行呢?怎样才可以很顺利呢?最后比赛很顺利地进行了,可是,我竟然连一张照片都没拍~~~~~~(>_<)~~~~ 我要用什么来做报告呢?过后就是跟同事们一起想儿童节的游戏了,要如何让孩子们玩得开心呢?还好,三个臭皮匠怎样都是赛过一个诸葛亮~~谢谢你们,今年我不用这么费神了!!学校的事想完了,现在该想自己的了吧!结果还没真正想就被睡神打败了~~睡神打败我没关系,病魔不要来找我就好了~~结果,开始想我们的事了,想东想西,胡思乱想,结果,一片乱糟糟的。我不要再逃避了,可是,我还是选择了逃避一些(我觉得)。我一定要对自己说:“婵,加油吧~你是可以的!凡是忘好的方面想,一定行的!!”大家一起加油吧!!^_^

Wednesday, October 26, 2011

My 2011 Ping Pong Team

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata Tanya yang sesuai.

Berapakah          Mengapakah       Bilakah                Apakah
Siapakah             Di manakah        Bagaimanakah



1.    _________________ letaknya pasar malam di tempat kamu?
2.    _________________ peniaga memulakan perniagaan mereka?
3.    _________________ jenis-jenis barang yang dijual di pasar malam?
4.    _________________ perasaan kamu apabila melihat orang ramai berpusu-pusu di pasar raya itu?
5.    _________________ orang ramai suka membeli barangan di kedai runcit Pak Abu?
6.    _________________ suasana di majlis perkahwinan anak En. Chong?
7.    _________________ barangan jualan yang terdapat di pasar malam?
8.    _________________ caranya peniaga menarik perhatian pembeli?
9.    _________________ yang menemani kamu ke klinik tadi?
_________________ harga sepasang selipar?